SEKALI lagi, selamat datang ke Tembolok Paus. Atau orang putih menyebutnya sebagai ‘The Belly of the Whale’. Dan Joseph Campbell yang telah saya perkenalkan dalam tulisan saya di sini: Bahagian 1, memberikan beberapa contoh tragedi ditelan ini seperti, The Little Red Ridinghood ditelan serigala, Maui (ya, karakter dalam filem animasi Moana itu) ditelan oleh moyangnya, Hine-nui-te-po. Zeus yang ditelan oleh ayahnya, Kronos juga beberapa lagi tragedi yang diulas beliau dengan terperinci dalam The Hero With A Thousand Faces.
Jadi, sekarang kita sudah ditelan dan berada dalam tembolok seekor paus. Apakah kita sudah mati, sudah dihadam dan menunggu masa untuk dinyah tinja? Apa yang pasti kita sedang dimusnahkan.
Cara pemusnahan diri ini dirangkumkan oleh Joseph Campbell dalam bab Initiation sebagai:
- The Road of Trials
- The Meeting with the Goddess
- Woman as the Temptress
- Atonement with the Father
- Apotheosis
- The Ultimate Boon
Keenam-enam bahagian di atas mempunyai bahagian yang tidak boleh dibaca secara permukaan semata-mata. Sebagai contoh The Meeting with the Goddess merupakan takdir-takdir yang harus wira hadapi. Atau Atonement with the Father boleh membawa kepada penemuan ego dalam diri wira meski contoh yang diberikan Campbell merupakan suatu pertemuan fizikal. Semuanya merupakan hal yang membawa kepada pemusnahan diri.
Penggerak Legasi Oakheart dan Kuras Buku.
Ahli Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur.
Penulis dan Ilustrator.
Penulis buku Strukturalisme Genetik dan Hak Asasi Manusia dalam Bahlut karya Faisal Tehrani, Dendam Dari Lisbi, Bibiliobibuli, Ossieanna, Janji Miftahul Raudhah dan pelbagai karya di media cetak.